Sunday, September 19, 2021

Surat Kuasa Wakil

 


Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana sesorang nak jual hartanah kalau dia tidak ada di dalam Malaysia? Di sini la Power of Attorney atau Surat Kuasa Wakil memainkan peranan.

Bayangkan kalau orang yang terlalu sibuk ke sana sini, ke luar negara lagi. Lagi pulak orang kena bekerja di luar negara. Takkan la nak ulang-alik semata nak sign je kan.

Untuk kes-kes pemilik hartanah yang sibuk macam ni, boleh gunakan Power of Attorney (POA atau PA). Banyak lagi kes boleh guna POA ni, sekejap lagi saya bagi contoh. Kita fokus untuk kes hartanah dulu ye.

“Apa sebenarnya Power of Attorney ni?”

Power of Attorney adalah satu dokumen perundangan yang memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat keputusan atau melakukan sesuatu ke atas hartanah, kewangan, atau medical care si pemberi kuasa (principal).

Monday, July 12, 2021

Thursday, July 1, 2021

Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah Nibong Tebal kembali beroperasi PKP 3.0

 


Untuk makluman semua Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah kembali dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0)
Sila patuhi SOP Yang ditetapkan oleh Kerajaan








Tuesday, February 23, 2021

Ambil tahu tentang harta pusaka




SAUDARA PENGARANG,


HARTA pusaka yang ditinggalkan oleh si mati terdiri daripada harta alih merangkumi wang tunai, kenderaan, insurans dan barang kemas manakala harta tidak alih termasuk tanah dan kepentingan hak atau faedah daripadanya.


Secara umum, bidang kuasa menguruskan permohonan dan pembahagian harta pusaka terletak kepada tiga agensi iaitu Pejabat Tanah, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Mahkamah Tinggi Sivil.


Sebelum membuat permohonan mengagihkan harta pusaka, perlu dikenal pasti harta terbabit terletak di bawah bidang kuasa siapa.


Sekiranya harta tidak alih sahaja atau bersekali dengan harta alih yang nilaiannya di bawah RM2 juta dan tidak mempunyai wasiat, waris boleh memfailkan permohonan di Pejabat Tanah.


Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta bagi harta alih dan tidak alih serta mempunyai wasiat, permohonan pusaka boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi Sivil.


Sementara itu, harta pusaka yang melibatkan harta alih sahaja dan nilaiannya kurang daripada RM600,000, pemohon boleh membuat tuntutan dengan ARB.


DR. FATIN AFIQAH MD. AZMI

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

SUMBER

Friday, December 4, 2020

Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah Ismail Hanafi



Bermula dari 1 April 2020, Secara rasminya Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah disediakan di No 7 Jalan Besar Taman Seri Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Premis Pesuruhjaya Sumpah Ismail Hanafi terletak dilokasi agak strategik (Jarak 8 minit memandu dari Mahkamah Majistret Parit Buntar dan Jarak 10 minit memandu dari Mahkamah Majistret Jawi) berhampiran sempadan tiga negeri, iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah.Terdapat kemudahan ruang parkir  banyak memudahkan orang awam untuk berurusan di pejabat pesuruhjaya sumpah. 

 Sila rujuk lokasi berpandukan Google Maps dengan KLIK Di >>>SINI<<<

Pesuruhjaya Sumpah Ismail Hanafi mengendalikan akuan sumpah, mengambil dan menerima Akuan Berkanun, mengambil apa-apa affidavit, ikrar, sumpah Wasi-Wasi dan Pentadbir harta pusaka, sumpah orang-orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana Mahkamah - Mahkamah sivil dan Syari'ah.

Sila hubungi/whatsapp pesuruhjaya sumpah (019-6155110) atau boleh hantarkan email ke alamat pjsismailhanafi@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan berhubung perkhidmatan pesuruhjaya sumpah. Sekiranya tuan/puan perlu membuat temujanji, sila hubungi terus talian (019-6155110)


Premis Pesuruhjaya Sumpah terletak tingkat bawah rumah kedai Taman Seri Acheh, Nibong Tebal memudahkan warga emas dan orang kurang upaya untuk berurusan.






Fi yang dilevikan





Surat Kuasa Wakil

  Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana sesorang nak jual hartanah kalau dia tidak ada di dalam Malaysia? Di sini la Power of Attorney a...